icon-search
icon-search

Selepas Menggunakan Scar Roller

APA PERLU BUAT SELEPAS SCAR ROLLER?

Jangan cuci wajah anda semalaman selepas menggunakan Scar Roller.

Selepas Scar Roller, gunakan pelembab wajah dah bersedia untuk tidur.


BERAPA LAMA TEMPOH TAK BOLEH CUCI WAJAH?

Semalaman selepas menggunakan Scar Roller sahaja. 

Keseesokkan paginya boleh cuci muka seperti biasa. 

Jangan menggunakan Scrub , produk dari AHA/BHA dan retinol. Pantang larang ini terpakai sehingga proses pengelupasan pada wajah selesai.


KENAPA KENA PAKAI SUNSCREEN PADA WAKTU SIANG?

Selepas Scar Roller, kulit berada pada tahap paling baik. Cahaya UVB dalam cahaya matahari boleh merosakkan sistem pertahahan kulit. 

Lindungi kulit dengan sunscreen membantu untuk mengekalkan kecantikkan kulit.


BAGAIMANA KEADAAN WAJAH SELEPAS ROLLER?

Ada 2 kesan selepas guna. 

1. Wajah kemerahhan hasil dari luka micro yang dihasilkan oleh Scar Roller. Kemerahhan ini cuma sementara. 

2. Pada hari ke 2 dan ke 3, wajah akan nampak lebih gelap disebabkan proses pengelupasan yang akan berlaku pada hari ke 4 atau ke 5. 

3. Selepas habis sesi pengelupasan. Wajah akan nampak lebih cerah dan berseri. Parut nampak lebih pudar.


KENAPA SAYA BUAT TAK ADA PENGELUPASAN PUN?

Untuk mendapat kesanpengelupasan. Scar Roller perlu digunakan dengan tekanan penuh. Biasanya pengguna baru tidak menekan Scar Roller secara tepat pada kulit. Ini menyebabkan tidak berlaku luka micro pada kulit wajah.


BOLEH MAKE UP KE LEPAS ROLLER?

Pastikan wajah telah dirapikan dengan serum dan pelembab. Kulit lepas guna scar roller lebih sensitif dan perlu jaga dengan baik agar ia tidak tersumbat dan mula berjerawat.


KENAPA SAYA ROLLER MUKA TAK MERAH PUN?

Untuk mendapat kesan merah pada wajah. Scar Roller perlu ditekan pada permukaan kulit. Scar Roller akan menghasilkan luka micro pada kulit yang menyebabkan kulit menjadi merah. 

Jika tiada tekanan Scar Roller pada kulit dibuat. Kulit tidak akan merah.


KENAPA SELEPAS ROLLER, MUKA SAYA NAIK JERAWAT?

Jika jerawat halus yang naik selepas roller. Ini adalah tindak balas biasa antara Scar Roller dengan kulit. Jerawat tersebut tidak berbahaya dan akan hilang sendiri tanpa dipicit dalan 1-2 hari.

Jika jerawat jenis lain , mungkin terjadi atas banyak faktor, hormon , pemakanan , emosi, elergi dan lain-lain.

Untuk memastikan keadaan ini. Hentikan seketika penggunaan produk sehingga masalah jerawat hilang. Selepas keadaan pulih. Lakukan pemakaian semula seperti
biasa. 

Perhatikan tanda-tanda pada wajah. Sekiranya keadaan positif. Teruskan penggunaan seperti biasa. Jika sebaliknya. Kandungan bahan dalam produk mungkin tidak sesuai.


KENAPA TIDAK BOLEH GUNA AHA/BHA PRODUK SELEPAS SCAR ROLLER

Scar Roller akan mengasilkan luka micro pada kulit wajah dan menyebabkan kesan pengelupasan. 

Menggunakan produk AHA/BHA pada waktu ini akan merosakkan sistem pertahanan kulit. Menyebabkan kulit menjadi merah, pedih dan mendatangkan kesan tidak baik.

Selepas tamat proses pengelupasan kulit wajah, anda boleh menggunakan produk dari AHA/BHA seperti biasa.






Your cart is currently empty.
Continue shopping